Sunday, December 16, 2018





Nama : Wan Nur Syuhaida Binti Wan 
           Mohd Sabirin
No Pendaftaran : 02DLS18F1049






Nama : Alya Syafinas Binti Mohd Shahrir
No Pendaftaran : 02DLS18F1031







Nama : Nur Atiqah Ilyana Binti Mohd. Ariffin
No. Pendaftaran : 02DLS18F1067







Nama : Nurfahimah Maisarah Binti Masrol
No Pendaftaran : 02DLS18F1100







Nama : Nur Aina Aqilah Binti Mohd Sham
No Pendaftaran : 02DLS18F1003 










DUA 2022-Pengurusan Dalam Islam
PN. Nurul Fuaddi Binti Sulaiman

Tajuk:
3. Pembentukan Organisasi mengikut kerangka pentadbiran Rasulullah S.A.W



Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T yang membawa rahmat ke suluruh alam. Dengan izin dan kehendaknya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Hasil blok ini kerjasama daripada ahli kumpulan yang ditunjukkan di atas. Jutaan terima kasih kepada Pn. Nurul Fuaddi Binti Sulaiman atas tunjuk ajar dan panduan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini.


Pengenalan

Kepimpinan Rasulullah merutwpakan model pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam dan mengandungi ‘QUDWAH HASANAH’

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (Surah Al-Ahzab; 21)

Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah S.A.W baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-hukum Allah S.A.W yang di wahyukan kepada baginda.Allah S.A.W berfirman:

“Maka putuskanlah perkara menurut apa yang Allah turunkan & janganlah kamu mengkuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang ke padamu.”
(QS.Al-Maidah: 48)


Rasulullah S.A.W merupakan ketua negara Islam yang pertama pemerintahan Rasulullah S.A.W juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah S.A.W dalam Al-Quran iaitu mendaulatkan hukum Allah,menegakkan keadilan,kebebasan dan ketelusan,menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran,membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.

Rasulullah S.A.W telah mencanai suatu bentuk rupa manusia Islam yang menjadi model diseluruh alam sebagai suatu alternatif kepada keruntuhan tamadun manusia disetiap zaman dan masa.Contoh-contoh peribadi itu adalah suri teladan yang hidup dan umpama mata air yang mengalir yang akan menghilangkan dahaga bagi sesiapa yang meminumnya.Tamadun umat Islam ini akan menjadi segar jika umat Islam menghirup mata air bersih yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ini.

 
Cara-cara pembentukan organisasi mengikut kerangka Rasulullah

Islam adalah "al-din" iaitu agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat kursus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk yang diperbincangkan oleh para ulama'. 

Dengan lebih jelas, jika dibahagikan 3 orang dalam satu kumpulan pun perlu ada seorang ketua atau pemimpin dalam kumpulan tersebut, apatah lagi dengan pemimpin dalam kaum, bangsa mahupun Negara. Keperluan ketua atau pemimpin ini adalah jelas iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bui ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, memberi pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka dan mengatur penggunaan sumber.

Cara kepimpinan Rasulullah memimpin negara perlu dijadikan tauladan. Jika kita melihat kepada tanggungjawabnya kita perlu mengambil perhatian kepada peringatan Rasulullah SAW, di mana Baginda ada bersabda yang maksudnya ialah :

" Setiap kamu adalah pengambala dan setiap pengembala akan ditanya tentang pembalaannya. Seorang pemimpin negara akan ditanya tentang keadaan rakyatnya, seorang lelaki (suami) adalah pemimpin di rumah suaminya, dan beliau akan ditanya tentang keadaan ahli keluarganya. Pembantu rumah adalah pemimpin (penjaga) harta-benda tuannya, dan akan ditanya tentang keselamatan harta-benda tersebut."

Cara Rasulullah SAW menjadi pemimpin untuk pembentukan organisasi bagi negara. Prinsipnya, jika seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap muslim, seperti amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi,rajin dan suka beribadat pada waktu malam, suka menderma, nasihat menasihati dan pada umumnya menjalankan tugas amr makruf nahi mungkar. Sebaliknya pula Pemimpin yang mengikut cara Rasulullah perlulah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq, merelakan orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang dibenci Syara'. Pada masa yang sama, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap perlakuan dan perbuatannya sebagai pemimpin.

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah SAW melaksanakna sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh Al-quran sama ada dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan bangsawan dan begitu juga sebaliknya.


Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"sungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Struktur Organisasi Pentadbiran Rasulullah Mengandungi :
1. Ketua Negara
2. Naquba'
3. Sohib al-sirr
4. Pemegang Amanah Rasulullah
5. Wali (Gabenor)
6. Kadi
7. Penulis (wahyu dan Surat)
8. Penterjemah
9. Pekerja (Amil)

Contoh Peristiwa yang menunjukkan cara-cara Rasulullah pembentukan organisasi:



1.Peperangan.
 Perwujudan satu struktur sosial baru di Madinah memerlukan organisasi ketenteraan. Madinah yang lemah dan kecil bilangannya dikelilingi oleh musuh. Puak-puak Yahudi di Kota itu memilih untuk menentang Rasulallah SAW. Untuk menjamin keselamatan Negara Islam Madinah, satu organisasi tentera di perlukan maka Rasulullah SAW sbg seorang yang realistik & pragmatik, sedar bahawa baginda memerlukan satu jentera pertahanan yang ampuh. Kesimpulannya di sini, seorang pemimpin perlu bentuk organisasi yang sedia mempertahankan negara untuk menegakkan agama islam.


2.Politik
Kepimpinan politik Rasulullah SAW terserlah sejak baginda di Kota Mekah seperti berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara dua suku Arab Mekah dalam masalah meletakkan semula Hajaratul Aswad ke tempat asalnya di penjuru Ka'bah. Kesimpulannya, organisasi yang ditunjukkan oleh Rasulullah ialah keadilan untuk mengelakkan pertelingkahan.



3. Membina Masjid
Masjid merupakan institusi nasional yang cukup penting pada zaman Rasulullah iaitu sebagai pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan dan pengadilan (mahkamah). Kesimpulannya, Rasulullah dapat membina organisasi dari pembinaan masjid yaang sangat penting.




Ciri-ciri Organisasi Malaysia Kini Yang Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah SAW


MALAYSIA merupakan sebuah negara islam yang mengamalkan sistemDemokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang mana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berperanan sebagai Ketua Negara. PERLEMBAGAAN Persekutuan menjelaskan struktur pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang meliputi Badan Perundangan(Legislative), Badan Eksekutif (Executive) dan Badan Kehakiman(Judicial) serta peranan Negeri serta perhubungan antara kedua-duanya.


SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN?


Istilah demokrasi berasal daripada Bahasa Yunani, iaitu DEMOKRATIKA– Demos bermaksud Rakyat dan Kratia adalah Pemerintah 

• Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat dapat melibatkan diri dalam sistem pentadbiran negara.
• Rakyat berpeluang membentuk Kerajaan melalui pilihanraya dan bebas memilih perwakilan bagi mengurus negara.
• Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen bertujuan untuk memperlihatkan landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan/demokrasi.
• Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.
• Salah satu syarat dalam Sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga badan di dalam sistem pemerintahan, iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
• Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.



KESIMPULAN


Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab ke atas rakyatnya seperti Rasulullah memimpin sebuah negara. Sifat keadilan dan pemikiran yang terbuka dalam pemimpin Malaysia membuatkan negara Malaysia hidup aman dan tiada lagi peperang




CARA UNTUK MENGATASI ORGANISASI

KINI YANG TIDAK MENGIKUT KERANGKA 

RASULULLAH

Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha membudayakan etika dan integriti di kalangan ahli organisasi. Sehubungan itu konsep kepemimpinan beretika adalah permulaan kepada usaha membudayakan etika di dalam struktur organisasi. Artikel konseptual ini telah disediakan berasaskan sorotan literatur serta nas-nas daripada Al-Quran dan Hadith. Perbincangan mendapati tiga faktor yang membentuk kepemimpinan etika seperti dimodelkan daripada diri Nabi Muhammad SAW. Faktor pertama terdiri daripada akhlak diri baginda sebagai manusia bermoral dan faktor kedua ialah komitmen padu sebagai khalifah yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu. Manakala faktor ketiga ialah rasa ubudiyyah kepada Pencipta yang dijelmakan dalam bentuk sifat zuhud, takwa dan tawaduk. Elemen ubudiyyah merupakan ciri penting dalam konsep kepemimpinan etika berteraskan sirah Nabi. Oleh yang demikian, ketiga-tiga faktor membentuk konsep kepemimpinan etika syumul yang merangkumi hablun min Allah dan hablun min al-nas.

Pembinaan tamadun perlu kepada sokongan struktur masyarakat yang kukuh dan berdaya saing. Ini memerlukan kepada kewujudan modal insan, institusi, organisasi swasta dan kerajaan yang berkualiti serta berdaya saing. Dalam mengekal serta memastikan pencapaian material tidak akan bertukar menjadi ancaman yang merosakkan keharmonian masyarakat, maka etika perlu diamalkan oleh semua pihak. Hal ini sejajar dengan pandangan Wan Mohd Nor (2005) yang menyatakan pembangunan sebenar harus bersifat kegiatan terancang yang menghasilkan kebaikan. Sekiranya tindakan itu membawa kepada momentum gerakan ke belakang atau mengundur (seperti runtuhnya moral masyarakat, meningkatkan jenayah serta masalah sosial dan seumpamanya), maka pembangunan sebenar belum tercapai.

PERBEZAAN CARTA ORGANISASI PADA ZAMAN RASULULLAH DAN MASA KINI 




Dakwah dan politik dilihat sebagai dua elemen yang sinonim dalam perkembangan Islam.
Kedua-dua elemen ini saling berkait dari segala aspek yang akhirnya membentuk ajaran Islam
yang disebarkan keseluruh pelusok dunia. Artikel ini melihat dengan dekat praktis yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika zaman awal kerajaan Islam. Penelitian secara
kajian kepustakaan ini menemukan bahawa Rasulullah s.a.w sangat menekankan unsur dakwah
dalam politik dan bergitu juga sebaliknya

KESIMPULAN KESELURUHAN TAJUK

Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran, Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan yang perlu diteladani. Namun, dewasa ini mengapa pejuang-pejuang islam tidak dapat lihat bahawa dalam islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya sendiri. Islam adalah agama yang syumul iaitu mencakupi semua sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya  kepada sebesar-besarnya seperti sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal negara adalah hal yang berat kerana mereka mengatakan bahawa ini terpaksa. Adakah kita menganggapnya islam tidak ada jalan dalam sistem berpolitik?

Di dalam firman al-quran yang bermaksud: "Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain.  Tiadalah balasannya bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakam kehinaan di dunia manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan" (Al-Baqarah 85)

Kini, kita dapat saksikan bukan berat sahaja yang musnah disebabkan sistem politik ciptaan mereka malah mana-mana negara belah timur yang menganut dan melaksanakan sistem mereka itu juga membawa kemusnahan kepada kehidupan masyarakat mereka seperti yang sudah berlaku sekarang. Sistem pemerintahan yang mereka amalkan bersandar kepada sistem barat, nyata tidak membawa masyarakat kepada kehidupan yang aman dan makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan Tuhan malah mendapat kemurkaan dan penghinaan daripada Tuhan.


Rujukan 
Sumber dari Buku 





1. Mohamad Zaidin Bin Mat ,2000,Sejarah Perjuangan Dan Pemikiran, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan pertama




2. Roziah Sidek,2011,Pengajian Islam, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn Bhd, Cetakan Pertama




3. Abdullah Bin Ahmad Mubarak,1993,Kisah-Kisan Para Nabi & Rasul, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia,Cetakan Pertama 




Sumber Internet

https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-pentadbiran-dan-pemerintahan-islam


https://www.google.com/search?biw=1366&bih=615&tbm=isch&sa=1&ei=HHkjXI-GKIfKvgSQ4LqwAw&q=kepimpinan+nabi+muhammad+sebagai+pemimpin+negara&oq=kepimpinan+nabi+muhammad+&gs_l=img.1.3.0i30j0i24l4.35906.35906..38457...0.0..0.77.77.1......1....1..gws-wiz-img.tgKA7rJYJic#imgrc=TS1LGtpCrltzLM:

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinan-rasulullah-s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/

http://pengajianpms.blogspot.com/2015/08/sistem-pentadbiran-malaysia.html?m=1


Sumber dari rakan